TINGKATKAN IMUNISASI DENGAN HABBATUS SAUDA

Habbatus Sauda (Nigella sativa) mempunyai sejarah panjang dalam dunia perubatan tradisional. Walaupun agak baru di negara-negara barat, banyak penggunaan dalam sektor kesihatan telah dicatat dalam buku The Canon of Medicine Avicenna, yang diterbitkan pada tahun 1025 M, dan juga dalam teks Ayurveda.

“Minyak biji hitam memberikan manfaat pelbagai aspek berkaitan dengan kesihatan dan fungsi kekebalan tubuh,” – David Foreman, RPh, presiden Herbal Pharmacist Media (Oceanside, CA) dan perunding untuk pembekal ramuan Habbatus Sauda TriNutra (Harrison, NY).

Para penyelidik kini giat menyiasat potensi Habbatus Sauda memberi manfaat kepada meningkatkan imunisasi badan. Satu percubaan klinikal rawak terkawal, yang belum dikaji semula, cuba mengenal pasti sama ada gabungan madu dan Habbatus Sauda dapat mengurangkan keparahan gejala dan memendekkan masa untuk pemulihan pada pesakit COVID-19. Ketika ujian klinikal berlangsung, sebilangan penyelidik bahkan melihat Habbatus Sauda sebagai ramuan sumber yang berpotensi untuk ubat-ubatan farmaseutikal. Oleh itu, bagaimana biji hitam memberi kesan ini? Penyelidikan baru menerangkan pelbagai jalan imun yang terlibat.

Tindak Balas Habbatus Sauda Mengawal Keradangan

Salah satu kaedah imunisasi yang terhasil daripada Habbatus Sauda adalah tindak balasnya terhadap keradangan. “Minyak biji hitam berfungsi dengan menghalang pengeluaran oksida nitrat yang berlebihan dan sintesisnya, membantu memediasi proses keradangan,” – Morris Zelkha, CEO TriNutra.

Satu kajian terhadap haiwan meneliti kesan gabungan Habbatus Sauda bersama minyak omega-3 berpotensi tinggi terhadap keradangan dan tekanan oksidatif pada tikus gemuk. Kajian itu mendapati bahawa walaupun diet tinggi lemak menyumbang kepada peningkatan rembesan adipositokin keradangan, gabungan Habbatus Sauda dan omega-3 mengurangkan kesan ini.

Habbatus Sauda mempunyai penyelidikan selama puluhan tahun, dengan sebahagian besar badan penyelidikan memfokuskan pada kesihatan imunisasi dan manfaat kesihatan metaboliknya. Kesan minyak biji hitam pada sistem kekebalan tubuh tidak dapat dipisahkan dari sifat kesihatan metaboliknya, kerana perubahan metabolik dapat mempengaruhi sistem kekebalan tubuh. Sifat Antioksidan di dalam Habbatus Sauda membantu menyeimbangkan proses keradangan yang mengaktifkan dan merangsang sel-sel imun penting.

Ekstrak Habbatus Sauda mampu menghalang spesies oksigen reaktif dan melindungi daripada tekanan oksidatif. “Peningkatan spesies oksigen reaktif biasanya dikaitkan dengan peningkatan produksi sitokin. Ekstrak biji hitam membantu menyeimbangkan redoks dengan memulihkan tahap heme oxygenase-1 iaitu agen anti-radang yang kuat.” – Shaheen Majeed, presiden Sabinsa di seluruh dunia (Windsor Timur, NJ). Tambahnya lagi, ekstrak Habbatus Sauda juga diketahui dapat membantu fagositosis, proses sel dimana beberapa sel imun mengambil dan memusnahkan patogen yang menyerang.

Habbatus Sauda Melawan COVID-19

Pasaran suplemen kesihatan imun global dijangka mencapai penilaian USD 43.5 bilion pada tahun 2031, setelah mendapat peningkatan minat yang besar semasa pandemik COVID-19. Habbatus Sauda di kenal pasti dapat membina sokongan imunisasi yang kuat bagi kesihatan hasl daripada beberapa penyelidikan klinikal. Baik dalam kajian ke atas haiwan dan ujian klinikal pada manusia, ia memberikan banyak kesan positif pada sistem ketahanan tubuh, dari merencatkan keradangan hingga mempromosikan fagositosis. Dengan banyak penyelidikan ke atas Habbatus Sauda, Habbatus Sauda berada pada posisi yang baik untuk mendapatkan profil yang semakin meningkat di pasaran kesihatan imun.

Sumber : Nutritional Outlook

Similar Posts